‘Ini kegilaan tahap maksimum’

0
2
SEPANG 15 JULY 2016. Kelihatan orang ramai beratur untuk membuat pemeriksaan di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat ke destinasi masing-masing. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas tindakan membenarkan individu dari luar negara yang sudah divaksin penuh untuk menjalani kuarantin di rumah.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai satu “kegilaan tahap maksimum” berikutan jangkitan
varian berbahaya seperti Delta Plus dan Lambda di luar negara.

“Sekiranya kerajaan berhasrat untuk bawa masuk varian-varian Lambda dan Delta Plus maka sila teruskan kegilaan ini,” katanya di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran untuk pengembara warganegara atau bukan warganegara yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah lengkap menerima suntikan dua dos vaksin.

Katanya, golongan itu dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah yang berkuat kuasa mulai Selasa ini.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan sepatutnya tidak mengulangi kesilapan pada Julai lalu apabila terpaksa membuat pusingan U berhubung kebenaran kuarantin di rumah.

Najib mengimbas penularan jangkitan berpunca daripada Kluster Sivagangga dengan mutasi jenis D614G yang tercetus di utara Semenanjung tahun lalu sehingga menyebabkan gelombang Covid baharu seluruh negara.

“Kerajaan tak rugi besar untuk arahkan mereka yang pulang dari luar negara untuk kuarantin di pusat
kuarantin atau hotel dipantau kerajaan sebab mereka yang pulang dari luar negara sudah tentu mampu untuk membayar kos kuarantin.

“Adakah langkah ini berbaloi berbanding risiko yang kita akan hadapi dengan penularan masuk varian Delta Plus dan varian Lambda yang dikatakan lebih kebal vaksin ke negara kita?,” soal Najib. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here