Suami isteri jarak jauh gembira dapat kembali berjumpa

0
2

PASANGAN suami isteri jarak jauh yang telah menerima vaksin lengkap di seluruh negara boleh merentas negeri dan daerah bagi berjumpa pasangan masing-masing bermula 10 Ogos ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kebenaran itu terpakai melibatkan semua fasa Pelan Pemulihan Negara.

Katanya, golongan itu boleh melakukan permohonan kebenaran rentas daerah atau negeri daripada polis dengan mengemukakan salinan kad pengenalan suami dan isteri, salinan sijil kad pernikahan, salinan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 suami dan isteri dan salinan dokumen bukti tempat tinggal suami atau isteri atau surat pengesahan majikan.

“Suami atau isteri yang mahu bertemu perlu menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh polis apabila melalui sekatan jalan raya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here