JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia menunjukkan penurunan untuk dua hari berturut-turut dengan terbaharu merekodkan 18,688 kes positif.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini Malaysia telah merekodkan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 1,262,540 kes.
Selangor kekal menjadi negeri paling tinggi merekodkan jangkitan harian Covid-19 iaitu sebanyak 6,565 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308), dan Negeri Sembilan (1,140).
Manakalan tujuh negeri masih merekodkan tiga angka jangkitan harian positif Covid-19 hari ini iaitu Kelantan 870, Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), dan Melaka (526).
Sementara itu hanya 63 kes positif direkod di Putrajaya, enam kes di Perlis dan dua kes di Labuan. – Malaysiapost

