Perlis: Meningkat bukan berpunca kelonggaran Fasa 3 PPN

0
2

SEBAHAGIAN besar kes positif Covid-19 yang direkodkan di Perlis hari ini adalah berpunca daripada kontak rapat, selain melibatkan tahanan di Pusat Koreksional di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, kes positif itu melibatkan 23 kes tempatan, tiga kes import dan 15 lagi melibatkan tahanan.

Katanya, kebanyakan kes tempatan adalah hasil saringan kontak rapat terdiri daripada ahli keluarga seperti kes di Kuala Perlis dan Chuping serta kontak rapat dengan rakan sekerja di Beseri dan Sanglang.

“Kes ini diperoleh daripada saringan sebelum ini, bukannya kes baharu disebabkan Perlis memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Rabu lalu.

“Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dipetik Utusan Online, hari ini.

Perlis merekodkan peningkatan 41 kes baharu positif Covid-19 berbanding hanya sembilan kes semalam. – Malaysiapost

Foto kredit: Khizairi Khizan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here