Siti Sarah ditiarapkan – Shuib

0
2

SARAH sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama, demikian kata Shuib.

Menurut Shuib, keadaan terkini isterinya Siti Sarah Raisuddin masih lagi bertarung nyawa dengan virus Covid-19.

Katanya, hampir 30 jam isterinya koma yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak semalam.
Shuib memberitahu, selain bahagian paru-paru yang terkesan, jantung Sarah juga berada dalam keadaan lemah.

Shuib menambah, dia berharap agar paru-paru Sarah boleh kembali normal menerusi oksigen yang dibekalkan ke dalam badan.

“Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah banyak bekerja.

“Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan,” katanya dipetik Kosmo, hari ini.

Sementara itu, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat permaisuri hatinya.

“Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin.

“Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here