Pemuda Umno buat laporan polis dakwa PM berniat tipu Agong

0
3
Noor Hariri dan Tengku Haphiz Tengku Putera, UMNO

PEMUDA Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengelirukan dan berniat menipu Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor dan Ketua Pemuda Umno Tengku Haphiz Tengku Putera, berkata laporan tersebut dibuat setelah melihat keterangan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri bersama 17 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menerusi sidang media yang diadakan semalam.

Menurut mereka, Ismail Sabri dan 17 lagi Ahli Parlimen BN menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin serta memaklumkan bahawa 31 daripada 42 Ahli Parlimen BN akan kekal menyokong Kerajaan PN.

Noor Hariri

“Melalui sidang media tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri secara nyata membuktikan dan mengesahkan Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional telah hilang sokongan majoriti.

“Kenyataan ini disokong dengan Surat Akuan yang diperoleh oleh pihak Umno dan telah dihantar untuk dipersembahkan kepada YDP Agong,” kata Hariri dan Tengku Haphiz dalam sidang media yang berlangsung di Menara Dato‘ Onn di PWTC, hari ini.

Kenyataan tersebut juga memetik ucapan Perdana Menteri tempoh hari bahawa Muhyiddin “telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.”

Bagaimanapun, katanya, setelah diteliti jumlah kerusi pada Sidang Parlimen Khas terbabit, jumlah kerusi yang menyokong Kerajaan PN (dikemaskini sehingga 3 Ogos 2021) adalah sebanyak 111 berbanding pembangkang yang mempunyai 103 kerusi dan bebas 6 kerusi.

Tengku Haphiz Tengku Putera

Jelasnya, dua lagi kekosongan adalah di Parlimen Gerik dan Parlimen Batu Sapi membuatkan jumlah keseluruhan kerusi di dalam Dewan Rakyat kini adalah sebanyak 220 kerusi.

“Ketika ini, Umno telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 11 orang Ahli Parlimen hadir di Sidang Media MKT Umno pada 3 Ogos 2021 yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan kalau di tambah dengan peletakan jawatan oleh dua Menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Dr Noraini Ahmad maka jelaslah Kerajaan Perikatan Nasional telah jatuh dengan bilangan sekarang kerusi Kerajaan hanya tinggal 98 kerusi.

“Justeru, secara jelas Perutusan Perdana Menteri yang mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional pada ketika ini masih mempunyai majoriti Dewan Rakyat adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Hariri dan Tengku Haphiz dalam sidang media itu juga menegaskan Muhyiddin tidak lagi mempunyai legitimasi untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bahkan harus meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan segera.

Tambahnya, Perdana Menteri juga telah secara jelas terbukti mengelirukan dan menipu Yang di-Pertuan Agong semasa sidang medianya yang langsung pada 5 Ogos lalu.

“Saya mendesak agar Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dapat segera menyiasat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat cuba mengelirukan dan membohongi YDP Agong bagi memastikan dirinya dapat terus berkuasa di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang menyatakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here