Rakyat bayar gaji kami, tak patut dihalang ke Parlimen – Syed Saddiq

0
2

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pula tampil memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka, Isnin lalu.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu tiba dan memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 2.35 petang tadi selepas bercakap kepada media.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, tidak wajar mereka disekat ke Parlimen berikutan Dewan Rakyat merupakan tempat untuk membahaskan isu-isu rakyat.

Menurutnya, beliau tetap menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, yang mahu isu-isu rakyat dibincangkan di Dewan Rakyat.

“Apabila kami ingin ke Parlimen kami disekat dan dihalang. Sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan dipilih rakyat, kami dibayar gaji oleh rakyat.

“Kita perlu tunaikan tanggungjawab ke Parlimen,” katanya kepada media di hadapan IPD Dang Wangi.

Terdahulu, empat wakil rakyat pembangkang selesai memberi keterangan polis pada tengah hari tadi iaitu Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Tony Pua (Damansara), Lim Lip Eng (Kepong) dan Fahmi Fadzil (Lembah Pantai). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here