Dr Noor Hisham jangan berat sebelah

0
2

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah digesa menasihati pemimpin kerajaan dan Ahli Parlimen lain supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang berharap Dr Noor Hisham tidak menunding jari terhadap Ahli Parlimen pembangkang sahaja yang melanggar SOP.

“Ya. saya harap KP Kesihatan memberikan nasihat seperti mana kepada kami, juga kepada yang lain di sebelah kerajaan yang Parlimen tak boleh bersidang pada 2 Ogos lalu supaya mematuhi SOP.

“Mantan KP Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Sulaiman menyatakan seorang KP Kesihatan mesti bersifat profesional memberi nasihat tanpa memihak kepada mana-mana pihak politik.

“Maka saya harap Noor Hisham beri nasihat dan pandangan beliau tentang mereka yang berkumpul beramai-ramai bukan sahaja malam tadi dan juga malam-malam kebelakangan ini.

“Jangan ada satu keadaan yang mana hanya setengah orang menerima nasihat beliau tapi yang lain tak terima langsung,” katanya.

Beliau ditemui media selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini berhubung siasatan polis terhadap Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka, Isnin lalu.

Ditanya aspek manakah yang dilihat Kementerian Kesihatan mengamalkan ‘double standard’, Fahmi menegaskan rakyat boleh menilai sendiri perkara tersebut.

“Memang ada keperluan untuk penjawat awam bertindak neutral dalam menjalankan tugas mereka tanpa memihak kepada mana-mana pihak berunsur politik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here