MUDA gesa buka Parlimen segera, bukan tunggu September

0
2

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa Parlimen dibuka segera, bagi membolehkan Perdana Menteri membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan bukan menunggu sehingga September.

Biro politik MUDA dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia merujuk kepada amanat khas Perdana Menteri yang menyatakan beliau masih mempunyai sokongan majoriti pada masa ini.

“Jadi, sekiranya benar beliau masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat, ia perlu dibuktikan di Parlimen dengan kadar segera.

“Tidak ada alasan untuk melambatkan persidangan Parlimen sehingga September,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, MUDA juga kekal berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini telah gagal dan perlu berundur.

“Kami percaya ia juga adalah pendirian yang dipegang oleh semua parti dalam blok pembangkang,” katanya.

Muhyiddin hari ini memaklumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, suatu usul undi percaya kepada dirinya sebagai Perdana Menteri akan dibentangkan ketika Dewan Rakyat bersidang pada September.

Menurutnya, kemelut politik yang melanda negara sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang kurang senang dengan ketegasan beliau tidak melayan beberapa tuntutan termasuk mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here