Parlimen perlu bersidang paling lewat 16 Ogos – Kit Siang

0
2
KRedit: The rocket

PARLIMEN perlu bersidang semula selewat-lewatnya pada 16 Ogos ini bagi membolehkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan sama ada beliau mempunyai kepercayaan majoriti Ahli-ahli Parlimen.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata ia juga untuk mengungkai keenam-enam Ordinan Darurat.

Katanya, ia penting susulan pengumuman Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang parti itu menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Selepas seruan berkali-kali daripada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Jun 2021 supaya Proklamasi Darurat, Ordinan Darurat, dan Pelan Pemulihan Negara dibentangkan dan dibahas di Parlimen.

“Sidang khas Parlimen selama lima hari untuk Dewan Rakyat dan tiga hari untuk Dewan Negara dijadualkan bermula pada 26 Julai, tetapi tidak ada sebarang perbahasan mengenai Proklamasi Darurat atau Ordinan Darurat.

“Amat malang sekali, apabila sidang khas ini pun digantung pada 29 Julai atas alasan wabak Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kit Siang berkata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak boleh menjadi alat politik kerajaan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat perlu bersidang segera dalam mesyuarat tergempar.

Ini katanya untuk membincangkan pelanggaran keistimewaan Parlimen dan undang-undang yang amat serius di mana Ahli-ahli Parlimen dihalang daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada 2 Ogos 2021. – Malaysiapost

Foto Kredit: The Rocket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here