DATUK Seri Takiyuddin Hassan yang kini menerima rawatan selepas menjalani pembedahan jantung, dilaporkan menerima sejambak bunga kurniaan Yang di-Pertuan Agong.
Perkara itu disahkan seorang pegawai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, lapor Utusan Malaysia.
“Ya, benar Datuk Seri menerima kurniaan bunga daripada Seri Paduka Baginda,” katanya.
Semalam media melaporkan, Takiyuddin dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu, dipercayai akibat masalah kesihatan jantung dialami Setiausaha Agung PAS itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.
Difahamkan, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan IHEAL, bersebelahan Mid Valley, Kuala Lumpur. – Malaysiapost

