KP Kesihatan: Ziarah perayaan punca lima kluster baharu

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan lima kluster komuniti baharu berpunca daripada aktiviti ziarah ketika perayaan di tiga negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kluster dilaporkan di Kelantan iaitu Kluster Cabang Empat Chetok 2 di Pasir Mas (18 kes), Kluster Kampung Dewan Kecil di Machang (10 kes) dan Kampung Kubang Telaga (16 kes).

Jelasnya dua lagi di Kedah (Kluster Dah Kampung Tok di Kota Setar) membabitkan 39 kes manakala 13 kes diKampung Raya Sagil, Tangkak, Johor.

Dr Noor Hisham berkata kluster Cabang Empat Chetok 2 yang melibatkan sekumpulan individu menghadiri sebuah majlis perkahwinan dan perayaan dikesan berulang kali kedua di lokaliti sama di Kampung Cabang Empat Chetok, Pasir Mas.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan wanita berumur 32 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Julai lalu hasil saringan individu bergejala.

“Mangsa terdahulu mula bergejala pada 24 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Kluster Kluster Kampung Dewan Kecil melibatkan sekumpulan individu yang menjalankan aktiviti ziarah di Kampung Dewan Kecil, Machang semasa sambutan perayaan.

Kluster Kampung Kubang Telaga pula melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Kubang Telaga, Bachok juga ketika perayaan.

Dr Noor Hisham berkata, seterusnya Kluster Dah Kampung Tok melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa sambutan perayaan di rumah kes indeks yang terletak di Kampung Tok Sulaiman, Kubang Jawi, Alor Janggus.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan positif pada 21 Julai lalu hasil saringan individu bergejala,” ujarnya.

Pada masa sama, Kluster Kampung Raya Sagil pula melibatkan individu yang menjalankan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Melayu Raya Sagil, Tangkak semasa sambutan perayaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here