Rakyat jangan terpedaya politik murahan pembangkang – DPIM

0
2
shahir adnan ikatan

DEWAN Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menyifatkan perhimpunan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka hari ini telahpun dirancang lebih awal.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata lebih mengecewakan mereka berhimpun tanpa menghiraukan penularan Covid-19 yang semakin mengganas.

“Pembangkang berteriak dan menghambur kata-kata kesat sepanjang empat hari di Dewan Rakyat. Malah mereka telah menggunakan anak-anak muda untuk turun ke jalanan mengadakan demonstrasi ketika Covid-19 memuncak pada hujung minggu.

“Ini jelas dengan kehadiran beberapa pimpinan pembangkang yang turut turun ke jalanan. Desakan mahu bicarakan keluh kesah rakyat di jalanan hanyalah retorik politik murahan.

“Diharapkan tiada rakyat yang terpedaya lagi dengan retorik politik murahan Pakatan Harapan oleh YB-YB pembangkang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata fakta menunjukkan mereka boleh tidur sebantal sebelum kejatuhan Barisan Nasional (BN) dan kemudian bercakaran sesama sendiri antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga menyebabkan Dr Mahathir merajuk dan meletak jawatan.

“Hari ini Dr Mahathir berdemonstrasi bersebelahan Anwar Ibrahim dan rakyat jangan ditipu kali kedua oleh propaganda politik Pakatan Harapan,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata DPIM bersama kepimpinan Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyeru semua pihak kekal fokus dan bersatu demi manfaat rakyat.

“Ingatlah, taruhan percaturan politik pada waktu ini adalah nyawa-nyawa rakyat yang tidak berdosa. Berentaplah secara “gentleman” pada PRU-15 nanti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here