Khalid Jamlus tawar diri latih penyerang Perak secara percuma

0
2

SUSULAN prestasi hambar Perak FC yang kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super, bekas penyerang Kejor Yop Kejor, Khalid Jamlus menawarkan khidmat untuk menajamkan barisan serangan skuad negerinya itu secara percuma.

Tawaran itu dinyatakan pemenang kasut emas Liga Perdana 2002 itu menerusi satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

“Assalamualaikum kepada Perak FC. Saya sudi menurunkan ilmu kepada pemain-pemain penyerang Perak untuk baki perlawanan yang akan datang dengan free.

“Aku nak Perak come back in the track, saya akan bantu dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Menjawab komen seorang peminat, Khalid berkata dia memiliki pengalaman sebagai bekas penyerang untuk dikongsi.

Ini katanya termasuk bermain di bawah kendalian jurulatih berpengalaman seperti mendiang Karl Heinz Weigang dan Steve Darby.

“Aku bantu kerana sayangkan Perak. Apa nak jadi belakang kira, sekarang aku hadap dulu, insysa-Allah nak pastikan Perak on the track (kembali ke landasan sebenar),” katanya lagi.

Kelmarin Perak FC di bawah kendalian Chong Yee Fatt tewas 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mana ia kekalahan besar kedua dalam tempoh seminggu setelah tewas dengan jaringan sama kepada Terengganu FC minggu lalu.

Perak yang tidak pernah tersingkir ke saingan liga bawahan sejak 1990 kini berdepan krisis apabila ramai pemain utama meninggalkan pasukan dan berkemungkinan bakal terjerumus ke Liga Perdana musim depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here