SD, sokongan PM di luar Dewan Rakyat tidak laku – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

AKUAN bersumpah (SD) atau sokongan yang disuarakan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di luar Parlimen adalah tidak ‘laku’, sebaliknya undi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang boleh menentukan keabsahan sama ada pemimpin itu mempunyai majoriti atau sebaliknya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendakwa keadaan itu mengakibatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelak undian dalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ia termasuklah menipu, derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, menggunakan apa sahaja alasan untuk elak buka dan tangguh parlimen, kerana mereka tiada majoriti.

“Kenyataan Peguam Negara baru-baru ini kata Muhyiddin masih Perdana Menteri (PM) sebab tidak ada bukti jelas bahawa dia sudah hilang sokongan majoriti dalam Dewan.

“Sebenarnya, SD-SD tak terpakai. Tak guna mereka tanda tangan SD sini atau sana ataupun umum mereka ada 40, 110, 115 sokongan Ahli Parlimen.

“Itu cuma kertas dan air liur. Seorang Ahli Parlimen boleh tandatangan 2-3 versi akuan bersumpah yang berlainan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, sebab itu Agong sudah empat kali menitahkan agar Parlimen sambung bersidang dan Ordinan-Ordinan Darurat dibahas dan diundi dalam Dewan.

“Ini supaya boleh buktikan pada semua secara umum termasuk kepada Agong sama ada PM memperolehi sokongan majoriti ke tidak.

“Sebab yang paling penting ialah undian dalam Dewan yang menjadi bukti paling jelas dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa termasuk Peguam Negara,” katanya.

Beliau mendakwa, usaha kerajaan dalam tempoh Darurat selama tujuh bulan untuk mengugut atau membeli lebih ramai ‘katak’ untuk mendapat sokongan majoriti sudah gagal.

“Mereka faham sudah tiada sokongan majoriti. Sekiranya usul-usul yang di bawa kerajaan ke Dewan asyik kalah undi, maka ianya bukti paling jelas bahawa Muhyiddin perlu undur secara terhormat.

“Tapi kerajaan PN lebih rela menjadi sebuah kerajaan lumpuh yang tidak dapat membawa dan meluluskan sebarang usul termasuk bajet negara, sanggup menjadi sebuah kerajaan yang menipu rakyat serta derhaka pada Istana hanya supaya mereka tersangat ingin kekal kuasa,” katanya.

Menurutnya, demi mengekalkan kuasa kerajaan PN sanggup mengabaikan kesejahteraan rakyat, integriti proses demokrasi dan kesetiaan kepada Raja.

“Nak tahu saya dan rakan-rakan sokong PM atau tidak? Tunggu undian bagi sebarang usul dalam Parlimen.

“Seperti dibuktikan di banyak negara-negara lain termasuk masa Biden ganti Trump, menukar PM atau pemimpin tertinggi negara langsung tak ganggu usaha melawan Covid-19 atau memberi vaksin. Malah bertambah baik selepas pemimpin ditukar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here