Pembangkang bersurai, akur arahan polis

0
2

PERARAKAN Ahli-ahli Parlimen Pembangkang ke Bangunan Parlimen dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di bulatan berhampiran Dataran Menara.

Perarakan diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Parlimen itu dikatakan cuba memasuki sekatan dibuat FRU.

Kelihatan pemimpin pembangkang Lim Guan Eng, Mohamad Sabu berusaha berunding dengan pegawai polis, namun usaha itu gagal.

Malah, turut kelihatan lori FRU turut bersiap sedia bagi mengawal keadaan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang akhirnya bersurai setelah usaha mereka untuk memasuki Bangunan Parlimen gagal.

Sebelum bersurai, Anwar berkata, walaupun pihaknya akur dengan arahan polis namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk melawan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita bersurai secara aman bagi menghormati peraturan negara. Kita bukan macam PN langgar demokrasi dan halang kita bersidang,” katanya.

Hampir semua Ahli Parlimen pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempamer solidariti membantah kerajaan PN membatalkan Sidang Khas Parlimen, hari ini.

Mereka berhimpun di Dataran Merdeka sebelum berarak menuju ke Bangunan Parlimen, pagi tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here