Ibu Amy Search meninggal dunia

0
2

IBU kepada penyanyi rock lagenda tanah air, Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang semalam.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkongsi khabar duka itu menerusi status yang dimuat naik di Instagramnya.

“Doakan Ibu saya Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali kerahmatullah sebentar tadi (Ahad).

“Insya-ALLAH arwah mak akan dimandikan esok (Isnin) jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara,” katanya.

Amy memaklumkan, arwah ibunya, Fatimah Idris, 88, menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh pada jam 10.45 malam tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here