Darurat 7 bulan berakhir hari ini, Covid-19 naik lebih 1 juta – Najib

0
2
Kredit: Instagram

SELAMA tujuh bulan Malaysia melaksanakan darurat bagi memerangi Covid-19 sejak 12 Januari lalu, namun malangnya kes semakin meningkat berbanding sebelum Proklamasi Darurat diisytiharkan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia pada 11 Januari lalu kira-kira 130,000 kes kini ia melonjak ke 1.13 juta kes.

“Hari ini ‘last day’ bagi tujuh bulan ‘Darurat memerangi Covid’.

“Darurat berjaya menaikkan jumlah kes Covid sebanyak 1 juta orang dari 130,000 ke 1,130,000 kes,” sindirnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini melaporkan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 17,150 kes baharu harian menjadikan keseluruhan 1,130,422 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu. – Malaysiapost

Foto Kredit: IG/Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here