Rhys William dijangkiti Covid-19, denggi

0
3

SELEBRITI media sosial warganegara Britain yang tinggal di Malaysia, Rhys Williams mengesahkan dirinya positif Covid-19 serta denggi.

Menerusi ciapan di Twitter, Rhys yang merupakan vlogger makanan itu memaklumkan dia dan keluarganya disahkan positif Covid-19, sejak minggu lalu.

“Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, Rhys memaklumkan selain denggi, dirinya kini berada dalam kategori 3 Covid-19 selepas mendapat pneumonia akibat jangkitan paru-paru dan perlu menerima rawatan di hospital.

“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (covid category 3).

“Atas nasihat Dr saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut memohon maaf dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokongnya.

“Kepada semua rakan-rakan dan follower-follower saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal.

“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya.

“Covid is real guys.Please pray for me and my family. Stay safe semua,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here