PENEMBAK negara Nur Suryani Mohamed perlu mengatasi rekodnya sendiri jika berhasrat mara ke final dalan acara 50 meter rifle 3 posisi di Olimpik Tokyo 2020.
Jurulatih menembak negara, Yusri Jusoh, berpandangan anak buahnya itu perlu memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 1172 mata sekiranya mahu mencerahkan peluangnya ke final yang akan di Asaka Shooting Range, esok.
“Selepas lapan hari menjalani di sini, tembakannya semakin baik dan tepat.
“Dia pun mula dapat menyesuaikan diri,” katanya dipetik Astro Arena, hari ini.
Yusri juga menjelaskan, tumpuan Suryani tidak terjejas dengan larangan berlatih sejak tujuh hari lalu sebaik kembali dengan bidikan tepat, semalam.
Situasi itu berlaku selepas peserta Sukan Olimpik 2012 itu tidak dapat turun berlatih dalam tempoh tujuh hari sepanjang tiba di Jepun.
“Ia tidak memberi kesan sangat terhadap persembahannya kerana dia ada aktiviti yang berterusan.
“Saya lihat prestasi kedudukan semua peserta adalah hampir sama rata, Nur Suryani perlu menyasarkan 1175 mata untuk ke final,” katanya lagi. – Malaysiapost

