Covid-19: 24 kluster tempat kerja hari ini

0
2

SEBANYAK 47 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 24 daripadanya melibatkan jangkitan tempat kerja

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Johor merekod kluster tempat kerja tertinggi iaitu 10 kluster.

Kluter terbabit dikenali Perindustrian Utama Dua; Jalan Canggih Satu; Industri Jalan Nagaria; Industri Jalan; Gemilang Lapan; Jalan Haji Hashim; Jalan Perindustrian Parit Jamil; Perindustrian PLO 32 Senai; Jalan Mutiara Emas Enam; Industri Jalan Batu Empat Kluang dan Jalan Bacang 39.

Lima kluster direkokan di di Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur (dua) dan masing-masing satu di Putrajaya, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Dr Noor Hisham memaklumkan lapan kluster berkaitan aktiviti komuniti dikesan iaitu dua di Sarawak masing-masing satu di Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Selangor, Kelantan dan Johor.

“Turut direkodkan ialah 17 kategori kluster komuniti, tiga kategori Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi, dua kategori Kluster Pendidikan dan satu kategori kluster keagamaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, secara keseluruhan sejak pandemik bermula terdapat 3,651 kluster Covid-19 di negara ini.

“Jumlah kluster yang sudah tamat adalah 2,559 manakala jumlah kluster aktif dengan kebolehjangkitan membabitkan 1,092 kluster,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here