JAIS tetapkan tanah perkuburan kes Covid-19

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 hanya boleh dilakukan di tanah perkuburan yang ditetapkan sahaja.

Perkara itu dimaklumkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Unit Kenderaan Van Jenazah Mr Wan Cai Official menerusi Facebook, yang menjelaskan notis terbabit dikeluarkan JAIS bertarikh 29 Julai lalu.

NGO berkenaan mendakwa notis berkenaan dikeluarkan secara mengejut serta memohon maaf kerana tidak lagi dapat mengikut kehendak waris jenazah.

“Tiba-tiba notis dikeluarkan secara mengejut. Maafkan kami kerana tidak dapat memenuhi permintaan waris,” katanya.

Sebelum ini, tular di WhatsApp kenyataan yang memaklumkan bermula hari ini tanah perkuburan Islam di setiap kariah tidak lagi dibenarkan urusan pengebumian jenazah Covid-19.

Menerusi edaran senarai tanah perkuburan pengebumian jenazah Covid-19 di negeri Selangor yang dikeluarkan JAIS, terdapat 37 tapak untuk pengebumian jenazah Covid-19 yang membabitkan 13 hospital di negeri ini.

Hospital yang terlibat dalam pengurusan jenazah pesakit Covid-19 adalah Hospital Shah Alam, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Hospital lain turut terlibat sama adalah Hospital Selayang, Hospital Kajang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Hospital Banting, Hospital Sabak Bernam, Hospital Tanjong Karang dan Hospital Hulu Selangor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here