PKR desak tunjuk bukti peruntukan Covid-19 disalurkan

0
2
BEIJING, 10 Julai -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media bersama wartawan Malaysia hari ini, yang membuat liputan sempena lawatan rasmi beliau ke China selama empat hari. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

PKR menuntut Kerajaan Perikatan Nasional (PN)menunjukkan bukti ke mana peruntukan wang yang disalurkan oleh kerajaan untuk perbelanjaan Covid-19.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata di dalam Rang Undang-Undang Darurat, tidak ada bukti di mana wang itu disalurkan.

“Kita nak tanya akauntabiliti duit yang telah dijanjikan, salurannya dan sistem penyampaian.

“Sebab memang dikatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengeluarkan beberapa bilion, bukan juta untuk menangani masalah Covid-19 ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah perlu kerajaan PN mewujudkan satu tabung sumbangan orang ramai bagi membeli kelengkapan untuk hospital Covid-19.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, ramai rakyat yang masih belum menikmati peruntukan wang yang disalurkan oleh kerajaan.

“Ramai yang rasa keadaan susah, tidak ada kerja dan tidak cukup makan tetapi apa yang kita dengar di akhbar dan di Parlimen bahawa berbilion telah dibelanjakan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan itu pentingnya diadakan sidang Parlimen untuk mereka bertanyakan mengenai adakah wang yang dibelanjakan itu disalurkan kepada kumpulan sasar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here