POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman negara berada pada tahap terkawal.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan memastikan keselamatan kekal berada pada tahap selamat.
Pada masa sama, katanya PDRM sentiasa meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
“Orang ramai juga dinasihat sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama memerangi penularan Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

