174 kes kematian direkodkan hari ini

0
2

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di negara ini terus mencatatkan tiga angka hari ini apabila merekodkan sebanyak 174 kematian baharu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini hingga kini adalah 8,725 orang.

Sementara itu, sebanyak 12,930 kes sembuh pula direkodkan, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini 890,742.

Kes positif Covid-19 hari ini pula masih mencatatkan jumlah melebihi 17,000 iaitu 17,170 kes dan menjadikan keseluruhan kes sehingga kini 1,078,646 kes.

Berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 17,138 adalah kes tempatan manakala 32 lagi membabitkan kes import.

Pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 1,043 kes dengan 531 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here