Muhyiddin perlu ambil tanggungjawab, undur secara terhormat – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundurkan diri secara terhormat.

Ia susulan kenyataan media dikeluarkan Istana Negara berkenaan pembatalan ordinan darurat tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Najib berkata, berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong amat jelas menunjukkan Seri Paduka Baginda murka dengan kenyataan berkaitan pembatalan Ordinan Darurat berkenaan, yang dibuat tanpa perkenannya.

“Setiap daripada Ahli Parlimen ketika mengangkat sumpah ialah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan Negara, maka jika sesuatu tindakan disifatkan tidak mengikuti Perlembagaan ini menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankannya.

“Begitu juga dalam fasal 3 Perlembagaan Umno bahawa Umno sentiasa mempertahan Sistem Raja Perlembagaan. Ini merupakan salah satu asas perjuangan kita dalam Umno.

“Justeru, saya secara peribadi berpendapat Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang telah berlaku sebagai ketua kerajaan.

“Saya pernah memegang jawatan itu selama sembilan tahun jadi saya tahu bahawa urusan ini antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh sebenarnya mewakili menteri-menteri atau pada pihak yang lain,” katanya dalam sidang media lewat petang tadi.

Berikutan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong, Najib berpendirian Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab dan pilihan terbaik untuk Perdana Menteri itu adalah berundur secara terhormat

Ini kerana katanya, ia mencerminkan tindakan beliau sebagai ketua kerajaan walaupun kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here