TPM, Azmin, Rina selesai bertemu PM

0
2

BEBERAPA kenderaan menteri kelihatan meninggalkan pekarangan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara, petang ini.

Tinjauan Malaysiapost mendapati kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob bergerak keluar dari kediaman Perdana Menteri sekitar jam 5.30 petang.

Beberapa minit kemudian kenderaan membawa Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pula kelihatan keluar dari perkarangan rumah Perdana Menteri.

Ia disusuli kenderaan membawa Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sekitar jam 6.30 petang.

Kediaman Perdana Menteri menjadi tumpuan hari ini susulan titah Yang di Pertuan Agong tidak memperkenankan proklamasi darurat ditamatkan.

Terdahulu, ketika hari pertama Sidang Khas Parlimen, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu proklamsi darutat dimansuh dan enam Ordinan Darurat terbatal pada 21 Julai lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here