143 kes kematian direkodkan hari ini

0
3
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di negara ini masih mencatatkan tiga angka hari ini apabila merekodkan sebanyak 143 kes kematian baharu.

Pada kelmarin dan semalam, negara mencatatkan 207 kematian berturut-turut dan menjadikan angka tertinggi pernah direkodkan sejak virus berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia hingga kini adalah 8,551 orang.

Sementara itu, sebanyak 12,373 kes sembuh pula direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 877,812.

Kes positif Covid-19 hari ini pula mencatatkan jumlah tertinggi harian dengan 17,405 kes dan menjadikan keseluruhan kes sehingga kini adalah 1,061,476 kes.

Berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 17,399 adalah kes tempatan manakala enam lagi membabitkan kes import.

Pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 1,016 kes dengan 529 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here