52 premis termasuk kilang diarah tutup semalam

0
3
grafik

SEBANYAK 52 premis meliputi 10 kilang, 39 premis perniagaan dan tiga tapak pembinaan diarahkan tutup serta-merta semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (KPK).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada masa sama seramai 330 individu dikompaun manakala 25 lagi direman atas kesalahan ingkar SOP.

Katanya, kesemua tindakan itu diambil susulan operasi penguatkuasaan melibatkan 19,315 anggota Pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

“Semalam juga Operasi BENTENG (Op BENTENG) telah membuat tangkapan terhadap 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 25 kenderaan darat,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here