Pecah rekod lagi, 17,405 kes baharu hari ini

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan 17,405 kes direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,061,476 kes.

Angka itu terus menunjukkan lonjakan berbanding 16,117 kes baharu semalam.

Sebelum ini, kes jangkitan Covid-19 tertinggi pernah direkodkan negara pada 25 Julai lalu iaitu 17,045 kes

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, jangkitan di Selangor hari ini melebihi 7,000 dengan merekodkan 7,171 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767) dan Pulau Pinang (760) dan Melaka (531).

Kelantan pula merekodkan kes sebanyak 532, Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429) dan Perak (406).

Sementara itu Putrajaya dengan 68 kes, Labuan (16), Perlis (3). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here