Beratur tadah air ke tu datin?

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

DATIN pun beratur nak tadah air. Itulah situasi yang dialami pelakon Datin Diana Danielle apabila beliau menjadi antara warga Lembah Klang yang terkesan dengan gangguan bekalan air.

Menerusi hantaran di Facebook, Diana memuatnaik gambar beliau beratur menanti kehadiran lori menghantar air.

“Macam nilah boleh terjadi #klusterairselangor, kalau dah basic necessities (keperluan asas) pun orang kena berebut.

“Lupakan sekejap angan-angan sampai ke marikh kalau benda sebasic ni pun tak lepas lagi,” katanya.

Mungkin bosan menanti lori menghantar air, Diana sekali lagi memuatnaik gambar beliau bersama seorang rakan dengan menjadikan penutup tong sebagai topi.

“Beratur bawah matahari for water be like….,” katanya.

Walaupun Diana mungkin tidak mandi, Malaysia Post tabik isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil ini kerana tidak malu untuk beratur bagi menadah air.

Status sebagai selebriti nyata tidak dijadikan tiket untuk mendapat bantuan dengan mudah.-Malaysiapost