Khairy, Hamsiah hadir prosiding PAC hari ini

0
3
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (BN) tiba di Bangunan UMNO untuk perjumpaan Ahli Parlimen BN hari ini.

[PARLIMEN] KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri mesyuarat prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hari ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan MOSTI, mesyuarat itu diadakan berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya kepada rakyat Malaysia.

Prosiding selama kira-kira tiga jam berkenaan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh serta dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa PAC yang lain.

Sesi itu memberi peluang kepada MOSTI yang diketuai Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pengurusan tertinggi kementerian termasuk Ketua Setiausaha Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir memberi penerangan.

“Pada prosiding tadi, MOSTI telah memberi penerangan tentang perkembangan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan butiran perbelanjaan bagi pelaksanaannya.

“MOSTI bersedia untuk memberikan penerangan berterusan kepada PAC sehingga tamat pelaksanaan PICK,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here