SEBANYAK 10 lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula 28 Julai hingga 10 Ogos depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut berdasarkan penelitian pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan.
Lokaliti di negeri Sabah yang dikenakan PKPD adalah Kampung Kuaran Keningau; tiga perkampungan di Sipitang iaitu Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih Sipitang; Kampung Mostyn Lama Kunak; perumahan ladang Pontian Kuril Kinabatangan; Taman Kinarut Ria; serta Kampung Tawadakan Kota Belud.
Sementara lokaliti di Pahang yang dikenakan PKPD adalah Sungai Klau dan Sungai Chali mukim Gali Raub; tapak bina IBN Highland Genting Highland; Kampung Pagar Batu 6 Penjom Lipis.
Lokaliti di Kelantan yang dikenakan PKPD pula adalah Kampung Telaja Tujoh Machang.
Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi ke semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah sama seperti yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini. – Malaysiapost

