
MALAYSIA sekali lagi merekodkan kematian Covid-19 paling tinggi hari ini dengan 207 kes kematian baharu, sejak virus berkenaan melanda negara.
Sebelum ini, kes kematian tertinggi direkodkan pada Sabtu lalu dengan 184 kematian baharu.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 8,201.
Selain itu, sebanyak 9,372 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 853,913.
Kes harian jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 14,516 kes menjadikan keseluruhan kes kini 1,027,954 kes.
Berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 14,513 adalah kes tempatan manakala tiga lagi kes import.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,009 kes dengan 524 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost
