‘Kita mesti bersolidariti dalam hadapi keadaan sukar’ – PM

0
2

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, sebaliknya sentiasa bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun kerajaan tidak sempurna, pihaknya faham bahawa rakyat dalam keadaan resah dan bimbang apabila angka kes harian Covid-19 meningkat.

Justeru, katanya, kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut yang dihadapi ini dengan mempercepatkan program vaksinasi.

“Yang penting kita mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman yang sukar ini. Tidak usahlah kita berbalah dan menuding jari.

“Kerana di sana ada rakyat yang jiwanya sengsara, ada bapa yang tenggelam punca, ada anak yang menderita, manakala frontliners kita terus terbeban dan hospital semakin tertekan,” katanya.

Justeru, Muhyiddin mengajak semua pihak berganding bahu dan mencari kesepakatan untuk membawa negara keluar daripada krisis yang dihadapi.

“Marilah kita berganding bahu, mencari berkat dan meraih jaya pada setiap usaha sama. Bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat. Bersatu kita pasti teguh, bercerai kita roboh,” katanya,” katanya ketika penerangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam Sidang Khas Parlimen hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here