Najamuddin Mohd Nor
[PARLIMEN] PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Belanjawan 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini
Beliau berkata, Belanjawan 2022 akan menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu agenda memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan (Recovery, Resilience, Reform).
“Tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha untuk memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial dan merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.
Manakala, menurut Muhyiddin, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September. – Malaysiapost

