Saya sudah berikan segalanya – Farah Ann

0
3

SAYA sudah berikan segalanya tapi tidak berjaya, kata ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja gagal mara ke pentas final acara individu all-around di Sukan Olimpik Tokyo semalam.

Pada saingan kelayakan tersebut, Farah Ann sekadar mengumpul 48.565 mata sekali gus menduduki tangga ke-53 daripada 85 peserta sekali gus impiannya untuk memburu tiket ke pusingan akhir tidak kesampaian.

“Saya cuba ‘move on’ dan buat yang terbaik dalam kejohanan akan datang,” katanya dipetik Astro Arena.

Pada saingan tersebut, gimnas Amerika Syarikat (AS), Simone Biles terus mencuri tumpuan apabila menduduki tangga teratas diikuti rakan senegaranya, Sunisa Lee selepas masing-masing mengumpul 57.731 mata dan 57.166 mata.

Atlet Rusia, Angelina Melnikova menduduki tangga ketiga dengan kutipan mata 57.132. Pada saingan tersebut, hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all around. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here