Dr Xavier Jayakumar marah sampai ‘typo’

0
2
PUTRAJAYA, 28 Jan -- Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr. Xavier Jayakumar ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pemantauan Pencemaran Sumber Air di kementeriannya hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengakui terlalu marah dengan isu pencemaran Sungai Selangor sehingga menyebabkan berlaku banyak kesalahan ejaan dalam posting Twitternya.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Langat itu menerusi Twitternya memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan lesen, merampas tanah, menyita premis, menyenarai hitam pengarah syarikat dan mendakwa semua yang terlibat di mahkamah.

“Water supply disruption due to pollution must stop in Selangor!(gangguan bekalan air akibat pencemaran mesti dihentikan di Selangor),”katanya.

Namun, posting pertamanya itu terdapat kesilapan ejaan dan terpaksa diperbetulkan semula pagi tadi.

“Saya sudah betulkan.. Pagi tadi saya marah sehingga tweet pun ada typo (salah ejaan) merata-rata,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lepas, sudah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas. – Malaysiapost

Ciapan awal Dr Xavier di Twitter yang mengandungi banyak kesalahan ejaan