Boleh rakam video pengalaman terima vaksin – KJ

0
3
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

PENERIMA vaksin Covid-19 kini dibenarkan merakam pengalaman vaksinasi mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memastikan mendapat vaksin yang sepatutnya.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, berkata sebelum ini pihaknya sudah memberi arahan supaya setiap PPV mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam proses pemberian vaksin.

“Kita arahkan patuh SOP sedia ada iaitu untuk tunjuk kepada penerima vaksin picagari yang sudah diisi dengan kuantiti vaksin yang sempurna sebelum suntikan diberikan.

“Dan keduanya kini, saya beri kebenaran dan saya juga dah minta kebenaran Menteri Kesihatan untuk penerima vaksin boleh merakam video suntikan vaksin mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, dengan merakam video berkenaan penerima vaksin akan ada bukti kukuh jika berlaku kesilapan dalam proses pemberian vaksin dan pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) juga akan dapat bukti itu.

“Saya harap perkara ini dapat selesaikan, sebab saya tidak mahu menganggu kesungguhan barisan hadapan yang melaksanakan tugasan mereka yang sedikit sebanyak terganggu pada dua tiga hari lalu.

“Saya mengambil serius setiap aduan orang ramai mengenai perkara ini. Walaupun hanya satu kesilapan ia adalah besar bagi saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here