HM4P selesai laksana sebahagian misi – Azeez

0
2

PASUKAN Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P) oleh Biro Kebajikan Umno Malaysia (BKUM) diketuai Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, secara rasminya selesai melaksanakan sebahagian misi ke Palestin.

Abdul Azeez berkata ia juga bertepatan dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya anggota HM4P menangguhkan misi dan pulang dahulu ke Malaysia berikutan keadaan di Gaza masih tidak menentu.

“Misi ini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga menanti keadaan keselamatan di Gaza kembali tenang dan kerajaan Mesir membenarkan pasukan HM4P masuk membawa solidariti dan bantuan kemanusiaan yang telah dirancang.

“Insya-Allah kami segera pulang ke tanahair membawa semangat juang Palestin dalam jiwa kami yang tidak pernah berputus asa meskipun diberikan ujian dan dugaan hebat dari Allah swt,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Selasa lalu, sidang video dengan HM4P, Ismail Sabri menasihati Abdul Azeez dan pasukannya pulang dulu ke Malaysia dan kembali semula ke Gaza jika keadaan stabil.

Misi HM4P bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza yang diserang tentera Israel pada Mei lalu.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda ratusan juta dolar selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin, termasuk 66 kanak-kanak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here