Anwar: Vaksin lambat punca kematian meningkat

0
2

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kelembapan proses pemberian vaksin yang didakwanya menjadi punca kes kematian akibat Covid-19 meningkat.

Meskipun mengakui prosesnya kini berjalan pantas, namun beliau berkata tindakan itu sebenarnya sudah terlewat lima hingga enam bulan berbanding negara lain.

“Kita dah lambat dan lembap. Jumlah mati meningkat, jumlah positif meningkat.

“Masalah kita punca daripada keangkuhan. Mereka rasa boleh tahu semua, ketepikan pandangan orang begitu rupa. Ini sebabkan angka kematian semakin meningkat,” katanya di Facebook hari ini.

Hari ini Malaysia melakar sejarah hitam apabila merekodkan 199 kes kematian akibat Covid-19, sekali gus menjadikan angka korban meningkat menjadi 7,440 orang.

Presiden PKR itu turut menyelar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini meminggirkan cadangan agar klinik dan hospital swasta dijadikan pusat pemberian vaksin.

Jelasnya, selepas berbulan-bulan cadangan dikemukakan, barulah masa ini cadangan itu dipertimbangkan.

“Lihat hospital Klang berselerak macam pasar nak salahkan siapa? Lihat beban tanggungjawab van jenazah hospital Klang.

“Masalah rumit dah kritikal. Simpang siur macam keadaan darurat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here