
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memberi penjelasan kenapa hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan hadir dalam Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang pada 26 Julai ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana Perdana Menteri boleh pula menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara bersama 300 jemaah, semalam.
“Media hari ini (semalam) melaporkan PM Muhyiddin solat sunat eidul adha di Masjid Negara bersama 300 jemaah. Alhamdulillah.
“Minggu depan Parlimen akan bersidang lima hari dengan 80 ahli Parlimen sahaja dibenar hadir dari jumlah 220 semuanya.
“Errr boleh PM jelaskan kenapa?,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebooknya malam tadi.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat. – Malaysiapost
