Empat bilik asrama pelajar UUM terbakar

0
2

TINGKAT tiga sebuah blok asrama pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, hampir musnah akibat dijilat api, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota 13 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dan Jitra tiba di lokasi jam 11.08 pagi.

“Kebakaran membabitkan empat bilik iaitu dua musnah 70 peratus manakala dua lagi musnah 90 peratus.

“Api berjaya dikawal jam 11.20 pagi dan siasatan lanjut punca kebakaran sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana tiada pelajar di asrama ketika kejadian itu. – Malaysiapost

Foto Kredit: Ihsan Bomba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here