Gagal kesan awal, Ketua Polis Pulau Pinang mohon maaf

0
2
datuk mohd shuhaily mohd zain

KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memohon maaf kepada orang ramai kerana pihaknya gagal mengesan kejadian ratusan warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di Juru, pagi tadi.

“Saya selaku Ketua Polis Pulau Pinang mohon maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang atas kegagalan kami mengesan perkara yang berlaku ini dengan lebih awal,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Terdahulu, sekumpulan besar warga asing dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru pagi tadi.

Video yang ditular oleh orang awam di media sosial itu memaparkan ratusan jemaah dipercayai warga asing berhimpun untuk menunaikan solat Aidiladha di kawasan lapang di Taman Pelangi itu.

Bagaimanapun Shuhaily menegaskan, pihak polis akan menyiasat segera perkara itu.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang melanggari SOP,” katanya.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang, menetapkan solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50). – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/PDRM Pulau Pinang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here