Polis nafi abai siasatan kes keganasan rumah tangga

0
3

POLIS hari ini menafikan laporan seorang wanita mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga, selama 12 tahun mangsa hidup bersama suaminya di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata merujuk kepada laporan portal berita MalaysiaGazette kononnya mangsa telah membuat sebanyak lapan laporan polis namun tiada tindakan dari pihaknya.

“Polis mengesahkan pada 4 April lalu jam lebih kurang 12.30 tengah malam, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani. Pada peringkat awal tujuan mangsa membuat laporan tersebut adalah untuk urusan pembatalan perkahwinannya.

“Pada 29 April 2021, pengadu datang ke IPD Kuala Muda sekali lagi menyatakan ingin meneruskan kes dan mahu memohon Perintah Perlindungan Interim (IPO).

“Kertas siasatan telah dibuka pada 29/4/2021 dan kes disiasat di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan oleh suami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anak-anak mangsa yang berumur sembilan dan tujuh tahun telah dirujuk ke Child Interview Centre (CIC) atau Pusat Rakaman Kanak-Kanak untuk rakaman keterangan dan juga telah dirujuk dengan Kaunselor IPK Kedah untuk tujuan siasatan.

“Dua tangkapan telah dibuat pada 3 Mei 2021 bagi membantu siasatan. Pegawai Penyiasat telah menyerahkan Interim Protection Order (IPO) kepada saspek pada 28 Jun 2021. Siasatan telah pun selesai dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Polis menafikan dakwaan penulisan MalaysiaGazette tersebut dan mohon mangsa untuk menghubungi pegawai penyiasat kes sekiranya terdapat sebarang maklumat atau pertanyaan berkenaan laporan polis yang telah dibuat,” katanya. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here