Ketua Pemuda PH positif Covid-19

0
3

KETUA Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.

Shazni memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter bahawa dirinya didapati positif setelah mengalami demam semalam.

“Setelah demam panas dan sakit yang amat sangat di kepala dan seluruh anggota badan, dengan penuh dukacita saya disahkan positif Covid-19.

“Kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada PKD. Mohon doa rakan-rakan agar saya dan keluarga kuat menghadapi ujian sakit ini,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Shazni Munir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here