Pemeriksaan SJR punca kesesakan di Tali Air 4 Sekinchan

0
2

POLIS memaklumkan kesesakan lalu lintas di Kilometer 74, Klang ke Teluk Intan di Tali Air 4 Sekinchan Selangor yang tular semalam, disebabkan pemeriksaan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi menggelakkan aktiviti merentas negeri tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim, berkata semalam pihaknya menerima satu video kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit sehingga ke Petron Tanjung Karang yang ditularkan seorang individu di Facebook.

Justeru, jelasnya, kesesakan itu disebabkan anggota SJR Tali Air 4 Sekinchan membuat pemeriksaan yang ketat di lalu lintas tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati di laluan SJR itu kebanyakan terdiri daripada kenderaan perdagangan yang membawa makanan asas dan mereka yang terlibat dengan perkhidmatan perlu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, polis juga mengarahkan 27 kenderaan yang cuba merentas tanpa kebenaran untuk berpatah balik.

“Pemeriksaan mendapati mereka terbabit ini kebanyakan daripada Parit 4 Tanjung Karang, Selangor,” katanya.

Agus berkata, tindakan itu selaras arahan Ketua Polis Negara Ahad lalu untuk mengetatkan pemeriksaan di SJR bagi menggelakkan penyalahgunakan surat kebenaran MITI.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak cuba untuk merentas daerah tanpa permit dengan tujuan balik beraya sempena Aidiladha. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here