Mesyuarat Khas Dewan Negara diadakan bermula 3 Ogos

0
2
SHAH ALAM 11 MARCH 2017. Pengerusi Lembaga Penasihat International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE), Tan Sri Dr Rais Yatim. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

MESYUARAT Khas Dewan Negara Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan berlangsung selama tiga hari, bermula 3 hingga 5 Ogos 2021.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Utama Dr Rais Yatim berkata, beliau dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis bahawa Mesyuarat Khas tersebut mustahak diadakan kerana ia adalah bagi faedah orang ramai dan perlu perlu diadakan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Katanya, pemakluman Perdana Menteri tersebut adalah selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

“Urusan-urusan yang telah ditetapkan oleh YAB Perdana Menteri bagi maksud Mesyuarat Khas tersebut adalah seperti berikut iaitu membentangkan Proklamasi Darurat bertarikh 1 1 Januari 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150(3), Perlembagaan Persekutuan di hadapan keduadua Majlis Parlimen (laid before both Houses of Parliament).

“Membentangkan Proklamasi Darurat (No.2) bertarikh 12 Disember 2020 [P.U.(A)356/2020] (mengenai Pilihan Raya Parlimen P.054 Gerik, Perak) dan Proklamasi Darurat (No.3) bertarikh 12 Disember 2020 [P.U.(A)358/2020] (mengenai Pilihan Raya Negeri N.66 Bugaya, Sabah) dan Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi-Proklamasi Darurat itu (laid before both Houses of Parliament).

“Dan penerangan daripada Menteri-Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 13(1 )(i), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara berhubung Pelan Pemulihan Negara; Program Vaksinasi; Pelaksanaan Darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, oleh kerana sesi kali ini bersifat persidangan khas, justeru tumpuannya adalah kepada penerangan dan tidak timbul isu-isu usul yang di luar dugaan.

“Ingin dinyatakan juga bahawa sesi Mesyuarat Khas Dewan Negara yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Ogos 2021 (3 hari) adalah di luar kuat kuasa tempoh darurat.

“Sepanjang Mesyuarat Khas ini juga, Peraturan Mesyuarat biasa akan dikuat kuasakan dalam menjalankan prosedur persidangan.

“Sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara akan saya beri pertimbangan mengikut kerelevanannya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi memastikan Mesyuarat Khas Dewan Negara ini berlangsung dalam keadaan selamat, segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat anti Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikuat kuasakan sepanjang masa.

Sehubungan itu, katanya, Setiausaha Dewan Negara akan menyusul dengan mengeluarkan Pemberitahu berkenaan Mesyuarat Khas tersebut kepada semua Ahli Dewan Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here