Konflik Ustaz Ebit campur tangan pihak luar – Caprice

0
2

PENYANYI rap, Caprice, 32, mendedahkan konflik yang berlaku antaranya dengan Ustaz Ebit Lew (UEL) bukan disebabkan dia mengalami kemurungan, namun sebaliknya campur tangan pihak luar.

Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, mengakui mengalami gangguan fikiran berpunca daripada rasa kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

“Ramai cakap saya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Ini bukan isu kemurungan, tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan.

“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gila’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” katanya menerusi Story Instagramnya.

Jelas Caprice, beliau terpaksa meluahkan kekecewaan tersebut kerana hubungan baiknya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini renggang disebabkan campur tangan pihak luar.

Namun, Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir tetap berharap hubungannya dengan Ustaz Ebit akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak luar.

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza.

“Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak lain. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.

Selain itu, Caprice turut mendedahkan, disebabkan campur tangan pihak lain, perancangannya untuk bersama UEL bagi melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama, tidak dapat direalisasikan.

“Ketika tiba di Kaherah, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama, tetapi tidak berlaku kerana ada ‘pihak lain’ yang masuk campur.
Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi begini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada ‘tangan’ dari luar yang tak mahu lihat saya ke sana,” katanya.

Terdahulu, Caprice memberi teguran terhadap tindakan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika melakukan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai tidak adil.

Susulan tindakannya itu, Caprice mendakwa telah disekat dari mengikuti Instagram (IG) Ebit Lew.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here