Malaysia catat kematian tertinggi 138 kes hari ini

0
2
Skuad jenazah Covid-19 Malaysia mengusung jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA mencatatkan kematian harian tertinggi hari ini, sejak penularan Covid-19 di negara ini dengan 138 kematian dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sebelum ini, kes kematian paling tinggi negara pernah direkodkan pada 8 Julai lalu iaitu 135 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui data dan infografik dikongsi di laman Facebooknya berkata, angka tersebut menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 setakat ini adalah 6,866.

Selain itu, katanya, sebanyak 6,629 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini 779,171.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 masih melepasi 11,000 kes iaitu 12,528 yang membabitkan 12,509 kes tempatan dan 19 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 119,814 di seluruh negara dan sehingga hari ini sebanyak 905,851 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara itu, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 908 kes dengan 425 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here